Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sistem Di KLIA Pulih...

SEPANG - Tiada lagi urusan dijalankan secara manual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

Casing Kayu Dwi-Sim Yang...

PERANTI yang mempunyai slot dwi-SIM ialah perkara normal bagi pengguna peranti Android.Di mana...

Tangani Ancaman Keganasan Menerusi...

PUTRAJAYA - Malaysia perlu juga memenangi perang ideologi untuk menangani ancaman keganasan dan...

Dua Anak Presiden Jokowi...

JAKARTA : Dua anak lelaki Presiden Joko Widodo atau Jokowi, Gibran Rakabuming dan...

Iran Dakwa Tahan Pihak Cuba Sabotaj Loji Nuklear

TEHRAN : Media kerajaan melaporkan pihak berkuasa Iran menahan anggota rangkaian dikaitkan dengan Israel yang cuba mensabotaj loji pengayaan nuklear utama negara.

Agensi berita IRNA melaporkan, suspek didakwa merancang untuk mensabotaj kemudahan Fordo dan sudah ditangkap perkhidmatan perisikan Pengawal Revolusi.

Fordo adalah kemudahan pengayaan uranium bawah tanah terletak di luar pusat bandar Qom, sekitar 180 kilometer (km) di selatan Tehran.

IRNA bagaimanapun tidak menyatakan identiti suspek atau menyatakan berapa ramai ditangkap, namun agensi itu berkata, ejen perisikan Israel cuba ‘mendekati’ seorang pekerja di Fordo selepas ‘merekrut’ seorang jirannya, untuk mendapatkan maklumat tentang alatan digunakan di kemudahan itu.

Iran sebelum ini berulang kali menuduh ejen Amerika Syrikat (AS) atau Israel mengintip dan cuba mensabotaj program nuklearnya, termasuk dengan membunuh saintis.

Pada Ogos 2012, pensabotaj juga meletupkan talian kuasa pembekalan Fordo.

Dua tahun kemudian, Iran berkata, mereka menangkap beberapa ‘perisik’ di wilayah Bushehr, di mana loji nuklear tunggal negara itu berpusat.

Pada 2020, Tehran menuduh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan saintis nuklear Iran, Mohsen Fakhrizadeh dalam serangan di sini.


Pada tahun berikutnya juga, mereka mendakwa Israel bertanggungjawab dalam ‘letupan kecil’ berlaku di loji pengayaan uranium Natanznya.

Dakwaan semalam pula hadir ketika lawatan Menteri Luar Hossein Amir Abdollahian ke Moscow bagi rundingan nuklear.

Rundingan di Vienna untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015 dengan kuasa dunia baru-baru ini, dilihat sudah mencapai kemajuan, namun dihentikan selepas Russia awal bulan ini menuntut jaminan bahawa sekatan Barat dikenakan berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine tidak akan merosakkan perdagangannya dengan Iran.

Perjanjian 2105 itu memberikan kelonggaran sekatan kepada Iran sebagai pertukaran untuk mengekang program nuklearnya.

Namun AS secara unilateral menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018 ketika presiden Donald Trump mengenakan sekatan ekonomi yang keras ke atas pelbagai sektor, termasuk eksport minyak.

Iran kemudian memberi reaksi dengan beberapa tindakan, termasuk menyambung semula pengayaan nuklera di Fordo.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori