Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Biro Kawalan Jenayah Hidupan...

KOTA KINABALU : Sebanyak 50 perjawatan baharu sudah diluluskan untuk memantapkan lagi Biro...

Kahwin Bawah Umur Jurus...

KUALA LUMPUR - Sebarang langkah bagi mengekang perkahwinan melibatkan gadis bawah umur adalah...

Enam Wanita Hamil Curi...

HANGZHOU (China) - Polis di sini semalam menahan enam wanita hamil yang didakwa...

Bazar Aidilfitri Lorong TAR...

KUALA LUMPUR : Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), di sini...

Isteri Bekas Pegawai Bank Goldman ‘Rakan Subahat’

NEW YORK: Isteri bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, menjadi individu penting dalam perbicaraan rasuahnya di luar negara kerana didakwa membantu Ng berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) mahu juri mendengar kenyataan isteri Ng, Hwee Bin Lim, berkenaan akaun dan syarikat ‘shell’ (syarikat hanya wujud di atas kertas) yang dibuka pada 2012, walaupun peguam Ng bercadang untuk memanggilnya sebagai saksi pembela.

Antara lain, dia didakwa membantu melakukan pengubahan wang haram bagi pihak suaminya, membabitkan dana yang diseleweng daripada dana 1MDB.

Pihak pembelaan berkata, Bin Lim akan memberi keterangan bahawa AS35.1 juta (RM147 juta) yang dipindahkan ke dalam akaun yang dikawalnya bukan wang 1MDB tetapi adalah untuk transaksi perniagaan yang tidak berkaitan.

Pendakwa raya Persekutuan di Brooklyn, New York, meminta mahkamah membenarkan kenyataan Bin Lim, yang dibuat kepada jurubank UBS Group AG, diterima sebagai sebahagian daripada kes ‘rakan subahat’ yang tidak didakwa.

Ng adalah satu-satunya jurubank Goldman Sachs yang dibicarakan kerana skandal berkenaan.

Dia dituduh bersekongkol dengan bekas rakan sejawatnya, Tim Leissner, untuk membantu pembiaya Malaysia, Low Thaek Jho (Jho Low), menyeleweng berbilion dolar daripada dana 1MDB menerusi tiga dagangan bon.

Leissner memberitahu juri bahawa dia mengarahkan supaya AS35.1 juta (RM147 juta) daripada dana itu dimasukkan ke akaun di bawah kawalan Bin Lim sebagai sogokan kepada Ng. entiti yang pada asalnya dipanggil Silken Waters tetapi ditukar kepada Victoria Square.

Menurut pihak pendakwa, dalam surat bertarikh 16 Mac kepada mahkamah, Bin Lim, sekurang-kurangnya, turut terbabit dalam konspirasi untuk pengubahan wang hasil jenayah.

“Ini adalah bukti kuat bahawa defendan dan isterinya mengawal akaun Silken Waters/Victoria Square dan berusaha menyembunyikan elemen penting itu, sekali gus membuktikan konspirasi pengubahan wang haram mereka,” katanya.

Walaupun Bin Lim tidak didakwa dalam kes itu, pendakwa raya berkata dia membantu suaminya dengan membuka akaun UBS dan syarikat ‘shell’ pada 21 Mei 2012, hari yang sama transaksi bon 1MDB pertama ditutup.

Menurut pihak pembelaan, Bin Lim tiba di AS dari Malaysia minggu ini tetapi peguamnya, Joshua Kirshner, enggan mengulas mengenai dakwaan kerajaan.

Hakim, Margo Brodie masih belum memutuskan permintaan kerajaan untuk menerima kenyataan Bin Lim mengenai akaun bank dan entiti luar pesisir.


Dalam pada itu, beberapa aspek mengejutkan mengenai Jho Low turut didedahkan ketika perbicaraan di Mahkamah Daerah Timur New York (Brooklyn) tempoh hari.

Antaranya ialah kisah Jho Low didakwa bertaruh hampir AS$87 juta (RM366 juta) di sebuah kasino di Las Vegas sebelum kerugian AS$26 juta (RM109 juta) antara 2009 hingga 2011.

Perkara itu didedahkan oleh seorang eksekutif di The Venetian Resort, Kirk Godby, ketika memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Ng di mahkamah.

Menurut Godby, baccarat adalah permainan kegemaran Jho Low dan dia dianggap sebagai tetamu ‘premium’ di premis terbabit.

Godby, menerusi keterangannya, menjelaskan, Ng bersama Jho Low berjudi pada November 2010 dan itu adalah satu-satunya kunjungan Ng ke resort berkenaan.

Menurut Godby, Ng kalah AS$22,500 (RM94,516) dalam permainan baccarat sementara Jho Low yang bermain di meja sama, mempertaruhkan wang sebanyak AS$4 juta (RM17 juta).

“Jho Low sangat boros, dia mempunyai permintaan yang pelik seperti mahukan lampu disko dipasang ketika berjudi selain pentas untuk menari dan alunan muzik oleh DJ,” katanya.

Dalam sesi permainan yang berlangsung selama 90 minit itu, Jho Low dikatakan kalah sebanyak AS$1.75 juta (RM7.4 juta).

Jho Low dikatakan menghabiskan duit berjudi dalam tempoh antara 2009 hingga 2011 dan Jabatan Kehakiman AS menyifatkan tempoh itu sebagai ‘Fasa Good Star’.

Dalam tempoh sama, sejumlah AS$1 bilion (RM4.2 bilion) diselewengkan daripada dana 1MDB.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori