Ada beberapa perkara penting untuk diketahui belia Johor khususnya Melayu Islam yang akan mengundi pada 12 Mac ini tentang parti MUDA.
Pertama, tiada sebarang perkataan ‘muda’ dalam nama penuh parti MUDA iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia.
Ini bermaksud tiada jaminan parti Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam akan membawa aspirasi golongan muda.
Kedua, nama penuh muda iaitu Parti Ikatan Demokratik Malaysia sinonim nama penuh DAP iaitu “Democratic Action Party”.
Nama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sinonim “Democratic Action Party” (DAP) maka kebarangkalian agendanya adalah sama sangat tinggi.
Pasti golongan belia Johor telah mengetahui apakah agenda sebenar DAP terhadap negara ini selepas apa yang mereka saksikan sesudah PRU-14.
Ketiga, MUDA cuma bertanding enam kerusi yang bermaksud walau menang kesemuanya tidak akan sesekali membentuk kerajaan orang muda.
Hanya yang pasti MUDA akan ‘menyerahkan’ kerusi itu kepada DAP/Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa di Johor.
Justeru, slogan MUDA mahu membawa kemajuan, kestabilan di Johor adalah penipuan tahap dewa kerana akhirnya DAP/PH yang untung.
Kesimpulannya mengundi MUDA merupakan suatu pembaziran yang nyata dan menyekat misi Johor kembali maju dan makmur seperti dulu.
Mengundi MUDA akan hanya menyaksikan kerajaan 22 bulan yang telah banyak merosakkan negara kembali mentadbir negeri itu.
Cukup sekali tertipu. Saksikan bagaimana para pemimpin BN ‘berpencak’ untuk memperbetulkan keadaan selepas PRU-14 berlalu.
Begitu banyak pengorbanan mereka sehingga sanggup diseret ke mahkamah oleh kerajaan 22 bulan yang mahu ‘mematikan’ mereka.
Jika mereka berundur dan tiada keberanian sebegitu sudah pasti Malaysia yang anda kenali pada hari ini sudah lama berakhir.
Pasti hari ini kita sedang hidup dalam sebuah Malaysia Baharu Malaysia Malaysian yang menamatkan keistimewaan Melayu dan Islam.
Ingatlah watak Buang sentiasa ada zaman berzaman. Perbezaannya sama ada mereka berjaya memanipulasi pemikiran kita atau tidak.
-Mynewshub