Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tempat Makan Sebagai Tempat...

KUALA LUMPUR - Merujuk kepada laporan akhbar Borneo Post bertarikh 23 Disember 2018...

RUU 355: CEO IKSIM...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)...

FB Perkenal Penstriman Baru,...

KETIKA majlis acara tahunan Facebook F8 yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat...

Najib Lancar Ikon 1Malaysia...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ikon...

Kapal Tangki Bawa 1.3 Juta Liter Diesel Meletup Di Sungai Chao Phraya

BANGKOK: Seorang maut dan tiga yang lain cedera selepas sebuah kapal tangki membawa minyak meletup dan terbakar di Sungai Chao Phraya, Samut Prakan.

Lapor Thethaiger, Jabatan Marin Samut Prakan menerima laporan sekitar pukul 9 malam semalam.

Katanya, kapal The Smooth Sea 2 sepanjang 75.5 meter yang membawa 17 penumpang dari Rayong tiba di jeti, Selasa lalu.

Jelasnya, semasa kapal tangki itu berlabuh di jeti Samut Prakan, ia membawa 1.8 juta liter Gasohol 91 dan 1.3 juta liter Diesel.

“Anggota bomba mengambil masa selama 30 minit bagi mengawal kebakaran dan tiada tumpahan minyak ke sungai dilaporkan.


“Jabatan Marin sedang menyiasat punca kejadian tersebut,” katanya.

Menurut jabatan itu, bunyi dentuman kuat dapat didengari semasa letupan berlaku di kawasan itu.

Katanya, tiga mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Bang Pakok 3 untuk menerima rawatan, manakala, dua lagi cedera ringan.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori