Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tulisan Jawi: Wan Azizah...

PUTRAJAYA - Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat bagi mata...

Jurutera Australia Dedah Rahsia...

MIRI - Jurutera warga Australia yang hilang selama 12 hari di Taman Negara...

Agih RM627,000 Kepada 1,100...

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mula mengagihkan...

Semua Kemudahan Para ASEAN...

KUALA LUMPUR - Semua venue dan hotel penginapan atlet serta pegawai bagi temasya...

Kastam Rampas Minuman Keras Bernilai RM2.6 Juta

Pelabuhan Klang : Sindiket penyeludupan minuman keras cuba memperdaya pihak berkuasa dengan mengikrar barangan lain untuk menyeludup masuk minuman keras bernilai RM2.6 juta termasuk cukai.

Mereka juga dikesan menggunakan borang pengikraran berbeza bagi setiap kontena untuk mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun taktik itu berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah selepas memeriksa enam kontena di Pelabuhan Utara pada 14 hingga 22 Februari lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JKDM (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Abdullah Jaapar berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati kontena berkenaan mengandungi minuman keras.

“Enam kontena terbabit ditahan kerana membawa barang larangan mengikut Butiran 3, Jadual Ketiga/ Bahagian 1 Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

“Jumlah keseluruhan minuman keras pelbagai jenama yang dirampas adalah sebanyak 154,040 liter yang dianggarkan bernilai RM396,000 dan jumlah cukai sebanyak RM2.2 juta,” katanya pada sidang media di Wisma Kastam, Pulau Indah, hari ini.


Abdullah berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 30-an dipercayai ejen bagi kemasukan kontena terbabit.

“Ejen ini kali pertama membawa masuk minuman keras. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

“Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak JKDM dalam memerangi jenayah penyeludupan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori