Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SESB Beri Jaminan Tiada...

KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hari ini memberi jaminan tidak...

Mukhriz Mengadap Sultan Kedah

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba bagi mengadap Sultan Kedah, Sultan...

Budaya Mengecam Di Media...

KUALA LUMPUR - Budaya mengecam di media sosial diibaratkan sebagai ‘toksik dalam talian’...

Kastam Masih Terima Aduan...

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) masih lagi menerima aduan mengenai invois...

KDN Siap Siaga Hadapi Pembukaan Sempadan

Kuala Lumpur : Agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersiap siaga untuk menghadapi pembukaan sempadan negara yang akan bermula pada 1 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, persediaan sudah dilakukan sejak 1 Mac lalu bagi menangani sebarang ancaman yang tidak diingini berlaku.

“Kita dah bersedia sejak 1 Mac lagi, persediaan dibuat awal kerana tarikh pembukaan sempadan ditentukan oleh kerajaan dan kita ketika itu tidak tahu tarikh sebenarnya.

“Sekarang kita dah tahu dan sudah pun bersedia kerana setiap agensi sudah melaksanakan persediaan awal,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen ‘Kita Demi Negara’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memutuskan untuk sempadan negara dibuka bermula 1 April ini.


Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengembara.

Sementara itu, ditanya mengenai kesiapsiagaan anggota keselamatan termasuk keperluan menambah anggota, Hamzah berkata, ia tidak menjadi isu kerana setiap agensi sudah menjalankan tugas dengan baik.

“Setiap agensi bertugas dengan begitu baik dan kita mempunyai pelbagai agensi yang mencukupi dan bersedia antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigeren Malaysia (JIM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori