Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

Kaji Akta Pembaziran Makanan...

KUALA LUMPUR - Isu pembaziran makanan bukanlah satu perkara baharu di negara ini,...

Najib Letak Batu Asas...

PENDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan upacara...

Ketagih Alkohol, ‘Batman’ Masuk...

PELAKON Ben Affleck mengakui yang dia baharu sahaja selesai menjalani sesi pemulihan ketagihan...

Kerani Maut Ditikam Rakan...

KLANG - Gara-gara mabuk, seorang kerani am maut ditikam rakannya dalam satu kejadian...

Kedah Tetap Berusaha Dapatkan Kebenaran Eksport Ketum

ALOR SETAR: Kedah tetap akan berusaha mendapatkan kebenaran melakukan aktiviti mengeksport daun ketum ke Thailand secara sah daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya sudah meminta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) melakukan sesi libat urus bersama semua agensi berkaitan sebelum dapatan mengenainya dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya mendapat kelulusan, Kerajaan Persekutuan boleh membenarkan kegiatan mengeksport bahan itu sama ada melalui pindaan akta tertentu atau diberi kebenaran khas melalui akta sedia ada.

“Memang sekarang tak boleh (eksport ketum), tetapi kena usaha bagi boleh. Kerajaan negeri boleh menyediakan data jumlah pengeluaran ketum mengikut daerah dan negeri jika ketum dibenarkan untuk dieksport.

“Kerajaan boleh daftar penanam ketum seperti daftar pekebun kecil. Apabila sah, kerajaan boleh tahu angka dan data berkaitan pengeluaran serta kegunaan, sekarang semua itu tidak ada kerana semua buat secara curi-curi saja.

“Di pihak negeri, kita hendak cadang saja dan terpulang kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini, dieksport ke Thailand kerana sebarang langkah mengeksport adalah menyalahi Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, aktiviti mengeksport ketum dulu mungkin wajar disekat kerana ia berkemungkinan dijadikan pengganti kepada bahan terlarang lain seperti ganja atau dadah di negara luar.

Bagaimanapun, katanya, apabila wujud kemajuan dalam teknologi dan penemuan baharu dalam kaedah penghasilan produk kesihatan atau perubatan, larangan ke atas daun ketum itu wajar dipertimbang semula.

“Kerajaan wajar menimbangkan semula cadangan mengeksport tumbuhan itu kerana teknologi dalam pemprosesannya boleh dibawa masuk ke negara ini untuk dimanfaatkan orang ramai.


“Ada ratusan hektar tanah dan mungkin ribuan hektar ditanam tumbuhan itu di Kedah saja, namun sehingga kini ia dipasarkan melalui cara yang salah, selain hanya merugikan kerajaan saja,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, KDN sepatutnya memberi perhatian kepada penyalahgunaan ketum sebagai minuman yang menjejaskan kesihatan apabila ada pihak memasukkan campuran berbahaya ke dalam air untuk dijadikan ‘cakoroi’.

Katanya, sehingga kini kerajaan sudah banyak menghabiskan sumber kewangan dan tenaga kakitangan awam yang terpaksa dikerah bagi menghalang penyeludupan ketum, sedangkan ia boleh diatasi dengan menghalalkan eksport bahan itu.

“Bahan rampasan juga menjadi beban kepada agensi penguat kuasa, selain proses pendakwaan. Kerajaan Persekutuan wajar membuat pertimbangan bijak. KDN boleh mendapatkan laporan lengkap daripada agensi di bawahnya untuk pengesahan.

“Saya buat permohonan ini selepas dengar taklimat agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Keselamatan Negeri,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan penyeludupan ketum sangat berleluasa di sempadan Kedah dan Thailand kerana bahan itu mendapat permintaan tinggi dalam industri menghasilkan produk kesihatan serta minuman isotonik di negara jiran itu.

“Selain itu, terdapat pil produk kesihatan di Eropah turut menggunakan daun ketum sebagai bahan penting dan dinyatakan herba penting itu datang dari Malaysia.

“Pada masa sama, Malaysia tidak pernah membenarkan eksport daun ketum berkenaan, jadi bagaimana bahan itu sampai ke Eropah,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori