Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bieber Bertunang Anak Aktor...

BINTANG pop remaja, Justin Bieber dilaporkan bakal berkahwin apabila dia dipercayai melamar kekasihnya,...

Hudud: Berilah Masa, Ruang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri tidak sepatutnya didesak supaya membuat kenyataan tentang pelaksanaan...

Larian Obor Peringkat N.Sembilan...

SEREMBAN - Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017) bagi peringkat Negeri Sembilan, berakhir...

Gaji Pemain Mahal Rosakkan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Keputusan Awal Jam 8 Malam Esok – SPR

JOHOR BAHRU: Keputusan awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijangka diumumkan seawal jam 8 malam esok, manakala keputusan rasmi dijangka diumumkan selepas jam 10 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, pengumuman keputusan awal dan rasmi itu tertakluk kepada keadaan semasa pada hari pengiraan undi esok.

“Keputusan awal mungkin jam 8 malam esok sudah ada, namun bagi keputusan penuh atau rasmi mungkin akan dapat diumumkan jam 10 malam ke atas bergantung kepada keadaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebanyak 1,021 pusat mengundi dan 4,638 saluran akan dibuka esok dengan seramai 49,290 petugas SPR mengendalikan proses pengundian.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, dilaporkan berkata seramai 2,539,606 pengundi bakal mengundi di PRN Johor Ke-15 esok dan pihaknya berharap semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.


PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14.

SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

Kerajaan Johor sebelum ini dilaporkan memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori