Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Keluarga Mohon Bawa Pulang...

KUCHING - Ibu kepada enam anak, Zunita Sedini merayu bantuan kerajaan untuk membawa...

Polis Tahan 6 Anggota...

KUANTAN - Polis Pahang menahan enam warga tempatan termasuk dua wanita yang dipercayai...

‘Tugas Polis Terima Laporan...

PUTRAJAYA : Adalah menjadi tugas polis untuk menerima laporan dibuat oleh orang awam...

Ibu Kejam, Kurung Anak...

APA la dosa budak ini sehingga dibunuh oleh ibunya? Yonatan Daniel Aguilar yang...

Kerajaan Pastikan Subseksyen SOSMA Dilanjutkan

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan memastikan dapat menjayakan lanjutan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), dengan mendapatkan persetujuan Parlimen sebelum ia tamat Julai ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata pihaknya akan menggunakan segala perundangan yang termaktub untuk memastikan Akta SOSMA akan terus berkuat kuasa selepas Julai ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan Ahli Parlimen kerajaan yang bertindak keluar dewan ketika peranan mereka diperlukan dalam aspek pengundian.

“Saya sangat tidak gembira kerana ada sebahagian mereka sudah berada dalam dewan tapi keluar bila undi belah bagi.

“Pemikiran orang seperti ini sebenarnya langsung tak fikirkan tanggungjawab dia demi kepentingan negara. Saya sudah jelaskan, isu SOSMA ini isu keselamatan negara.


“Soalannya, kita mesti mendapatkan semula persetujuan Parlimen untuk kita sambung Julai ini sebelum ia tamat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Kerajaan gagal melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas Dewan Rakyat menolak usul berkenaan, pada Selasa.

Pada masa sama ketika ditanya sebab Ahli Parlimen kerajaan keluar dewan ketika undi belah bahagi, Hamzah berkata, ia berikutan mereka tidak suka melihat wajahnya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori