Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PKR Buat Laporan Polis...

IPOH – Calon PKR bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mohamad Maharani Md...

Polis Tunggu Keputusan Forensik...

MERSING - Polis masih menunggu keputusan ujian forensik berhubung kemalangan sebuah pacuan empat...

Bajet 2018: Berita Baik...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri hari ini menjanjikan 'berita baik' dan menarik untuk...

Guan Eng Ulangi ‘BN...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan pentadbiran kerajaan...

Kerajaan Umum SOP, Garis Panduan Peralihan Fasa Endemik

KUALA LUMPUR : Kerajaan hari ini mengumumkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sembilan Garis Panduan bagi fasa peralihan endemik COVID-19 yang bermula 1 April ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, SOP itu adalah satu daripada tujuh tonggak yang paling penting di fasa berkenaan terutama dalam usaha negara menuju kehidupan yang hampir normal.

“Secara asasnya, satu SOP di Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini telah dipermudahkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Biarpun hanya 1 SOP, ia masih akan dikuatkuasakan di bawah Akta 342 bermula 1 April ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata SOP itu mengandungi 10 keperluan iaitu:

i. Memakai pelitup muka ketika di tempat awam.

ii. Waktu operasi mengikut lesen/permit.

iii. Menjaga kebersihan tangan.

iv. Melakukan ujian pengesanan COVID-19 berdasarkan National Testing

Strategy.


v. Menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

vi. Menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran

kemasukan

vii. Memastikan penjarakan fizikal satu meter.

viii. Memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik.

ix. Memastikan kebersihan premis.

x. Mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori