Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

3 Lagi Positif Covid-19...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga lagi individu positif Covid-19 menerusi kluster Sivagangga...

Anak Najib Bertunang Dengan...

KUALA LUMPUR - Anak bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru...

Pemuda PAS Mahu Jalin...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu berjumpa dengan bekas Perdana...

COVID-19: Tsunami ‘Mangsa’ Jika...

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, sekali lagi merayu...

Kes ICU Covid-19, Perlu Bantuan Pernafasan Terus Meningkat

PUTRAJAYA : Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 33,406 kes positif berbanding kelmarin, 33,209 kes sekali gus mengatasi 27,143 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, merekodkan peningkatan, 371 kes berbanding kelmarin, 348 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan peningkatan kepada 226 kes berbanding kelmarin, 211 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan penurunan 11 kluster berbanding kelmarin, 17 kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,837 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 dengan jumlah terkini menurun kepada 474 kluster berbanding kelmarin, 476 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,363 kluster,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 214 kes daripada 33,406 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 33,192 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.


“Bagi 214 kes kategori tiga, empat dan lima, 60 kes atau 28.04 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 101 kes atau 47.20 peratus telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 53 kes peratus 24.77 peratus telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 96 kes atau 44.86 peratus berusia 60 tahun dan ke atas; 70 kes atau 32.71 peratus mempunyai komorbid; dan satu kes atau 0.47 peratus kes adalah kes ibu mengandung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan menurun sebanyak 67 kes berbanding semalam, 78 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 33,173 kes.

Bagi kes BID, sebanyak 23 daripada 67 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6,853 kes.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori