Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jaafar Bin Abi Talib:...

KAEDAH terbaik mendidik anak-anak memahami kasih-sayang terhadap agama adalah secara perkongsian kisah-kisah perjuangan para...

‘Budak Baik’ Dalam Kabinet

SIAPA masih ingat tokoh politik tanah air, Tun Daim Zainuddin pernah menyifatkan Datuk...

Ajak Video Call, Minta...

CABARAN seorang guru bukan kecil, jika tiada kesabaran pasti akan berhadapan dengan pelbagai...

MAFI Nilai Kerugian Akibat...

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sedang dalam proses menilai kerugian sektor...

Kes Positif Covid-19 Jatuh Bawah 20,000

PUTRAJAYA : Malaysia terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 semalam apabila merekodkan sebanyak 19,105 kes positif berbanding kelmarin, 22,341 kes sekali gus diatasi 28,250 kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan 371 kes berbanding kelmarin, 390 kes.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan kepada 203 kes berbanding kelmarin, 219 kes.

“Bagi kluster Covid-19 baharu pula merekodkan satu kluster berbanding kelmarin, enam kluster sekali gus menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,912 kluster.

“Kluster aktif Covid-19 menurun kepada 304 kluster berbanding kelmarin, 316 kluster manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,608 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 193 kes daripada 19,105 kes positif Covid-19 hari ini adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, baki kes harian, 18,912 kes adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.


“Bagi 153 kes kategori tiga, empat dan lima, 58 kes (30.05 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 78 kes (40.41 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 57 kes (29.53 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 92 kes (47.67 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 81 kes (41.97 peratus) mempunyai komorbid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 71 kes berbanding semalam, 85 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 34,400 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 26 daripada 71 kes direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 7,225 kes.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori