Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Individu, Syarikat Terbabit Dagangan...

Putrajaya : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti beberapa individu dan...

PH Pahang Setuju Kerjasama...

Kuantan : Pakatan Harapan (PH) Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN)...

Projek MRT Laluan SSP...

KUALA LUMPUR - Projek Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) yang...

Guan Eng Pertahan Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya berhubung RM18 bilion...

Kes Rohana: Beberapa Individu Lain Akan Dipanggil

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu lain berkait siasatan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Rohana Rozhan.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, buat masa ini, beliau tidak boleh berkongsi makluman mengenai individu-individu terbabit.

Menurutnya, kerjasama pihak AGC (Jabatan Peguam Negara) juga diperlukan untuk ambil keterangan daripada Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi membantu siasatan itu.

Ditanya samada individu yang akan di panggil itu termasuk bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, Azam berkata, Leissner kini masih dalam perbicaraan kes di Amerika Syarikat.

“Saya tidak boleh mengulas banyak mengenai keterangan beliau (Leissner) kerana beliau masih lagi memberi keterangan. Jadi, saya rasa kurang enak untuk ulas pasal keterangan dia,” katanya.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan memanggil Rohana semula untuk memberi keterangan mengenai perkara itu sekiranya perlu.


Azam berkata, ketika ini, pihaknya sedang berusaha mengembalikan wang tunai dan aset berjumlah USD10 juta yang dikaitkan dengan 1MDB dalam siasatan terhadap Rohana.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan sudah membekukan aset Rohana di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Ia susulan SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas eksekutif Goldman Sachs, Tim Leissner, yang mendedahkan hubungannya dengan Rohana terjalin sejak 2003 hingga 2013.

Leissner telah memberi keterangan di Mahkamah AS bahawa dia membeli sebuah rumah bernilai USD10 juta di London pada 2013 untuk Rohana, selepas kekasih sulitnya itu mengugut akan mendedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori