Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong Simpati Pemergian Muhammad...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan...

Pasukan Hoki Wanita Negara...

KUALA LUMPUR - Pasukan Hoki Wanita negara meraih pingat emas acara hoki wanita...

JDT Juara Piala FA...

Kuala Lumpur : Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan mereka layak digelar sebagai...

Kantoi Jual Air Ketum...

BAGAN SERAI - Kegiatan dua sekawan yang menjual air ketum di hadapan rumah...

Kesemua 861 Warga Malaysia Di Rusia Selamat

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Moscow mengesahkan bahawa kesemua 861 rakyat negara ini masih lagi berada dalam keadaan selamat di seluruh Rusia pada ketika ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, daripada jumlah tersebut, seramai 784 individu merupakan pelajar, manakala 33 lagi ialah ekspatriat yang bertugas di Rusia.

“Pihak kedutaan juga sentiasa memantau rapi keselamatan dan keberadaan mereka yang direkodkan menetap di pelbagai bandar raya dan lokaliti sekitar negara berkenaan,” katanya.

Pejabat misi diplomatik Malaysia yang terletak di kawasan Mosfilmovskaya Ulitsa ujarnya, turut mempunyai seramai 44 petugas termasuk kakitangan teknikal dan tanggungan mereka.

Pegawai kedutaan berkenaan juga jelasnya sering menghubungi warga Malaysia, terutama pelajar menerusi badan perwakilan penuntut dan pihak pentadbiran universiti yang terbabit.


Ketika ini, situasi di Rusia masih normal dengan perkhidmatan awam tempatan berlangsung seperti biasa selain keperluan harian mencukupi lagi dan kehidupan rutin pula kekal tenang.

Bagaimanapun pihak kedutaan ada menerima aduan kes segelintir warga Malaysia berdepan masalah gangguan pemindahan dana elektronik (EFT) dari Malaysia terus ke akaun mereka.

“Isu tersebut sedang diuruskan oleh Bank Pusat Persekutuan Rusia dan ia memberi jaminan bahawa mata wang tempatan, Ruble masih selamat dan boleh diakses,” jelas Wisma Putra.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori