Lim Guan Eng mengalu-alukan PKR Johor tidak balas dendam terhadap parti MUDA letak calon di kerusi PKR.
“Ini selaras dengan semangat khemah besar Pakatan Harapan (PH),” kata Setiausaha Agung DAP tersebut.
Tentulah DAP mengalu-alukannya kerana MUDA tidak langgar kerusi DAP. Jika kerusi DAP mungkin reaksi yang berbeza.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terang-terang menyatakan kekesalan beliau terhadap perbuatan MUDA.
Sepatutnya sebagai rakan lama PKR, DAP menegur perbuatan MUDA dan minta jangan bertanding di DUN Larkin.
Namun dalam isu itu DAP kelihatan menyebelahi dan melebihkan MUDA.
Khemah besar PH nampaknya sedang memanfaatkan MUDA, namun bakal melunyaikan PKR.
Lebih mengelirukan PAN kata akan menyokong rakan gabungan PH di kerusi bertindih yang tidak diperuntuk kepada MUDA.
Ini bermaksud PAN akan menyokong PKR di DUN Larkin, tetapi DAP berteka teki berhubung perkara itu.
DAP akan menyokong calon yang mempunyai peluang paling besar untuk menang menentang BN atau PN.
Ini bermakna terdapat keberangkalian DAP akan menyokong MUDA menentang PKR dalam PRN Johor.
Begitulah nasib pemimpin Melayu pada DAP habis madu sepah dibuang. Syed Saddiq kini pengganti Anwar buat DAP.
Penyokong PKR jika ada maruah tidak akan mengundi calon DAP dan MUDA di kawaasan mereka.
Apa yang pasti Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang tersenyum lebar melihat bidaknya mengena.
Mynewshub-