Alamak!. Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam kata pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang seorang patriot.
Mengarut apakah tatkala Ahli Parlimen Muar itu menobatkan Kit Siang sebagai hero dan negarawan rakyat Malaysia termasuk orang Melayu.
“A true Malaysian hero, patriot and statesman for all Malaysians regardless of race and religion”
“Your commitment to a Malaysia for all Malaysians has and will continue to inspire generation to come.
“Thank you Lim Kit Siang (林吉祥)”
Bilakah Kit Siang pernah berjuang membebaskan negara daripada penjajahan British sehingga boleh digelar negarawan?
Bilakah Kit Siang pernah membantu memacu ekonomi negara selain daripada memburuk-burukkan imej negara di luar negara?
Bilakah Kit Siang mengangkat senjata menentang komunis seperti askar-askar Melayu sehingga boleh dijulang sebagai hero dan patroit?
Yang kita ingat penyokong DAP membawa pulang abu mayat Ching Peng di Malaysia semasa mereka menjadi kerajaan.
Apapun Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tanpa berselindung lagi menunjukkan betapa beliau begitu menyanjungi Kit Siang.
Menyanjung Kit Siang bermakna menyanjung tinggi agenda politik Malaysia Malaysian DAP.
Mungkin sebab itu Syed Saddiq semasa menjadi Menteri kerajaan Pakatan Harapan menegaskan zaman ketuanan Melayu telah berakhir.
Bangsa Melayu Johor khususnya orang Muar masih ada maruahkah untuk terus menyokong sosok seperti ini?
Mynewshub-