Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tiada Kehilangan Wang Bayaran...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari...

Amri Yahyah Bukan ‘Kuda...

MELAKA - Melaka United tidak melihat Mohd Amri Yahyah sebagai 'kuda tua' sebaliknya...

Miliki Pistol ‘Tembak Cicak’,...

BEKAS vokalis kumpulan Ukays, Amir yang ditahan pada awal pagi Rabu kerana memiliki...

Dakwaan Palsu Adalah Sabotaj...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa dakwaan palsu terhadapnya...

KKM Perlu Segera Tangani Isu Keberkesanan Kit Ujian Kendiri COVID-19

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil tindakan segera menangani isu keberkesanan kit ujian kendiri COVID-19 yang didakwa menghasilkan keputusan kurang tepat dan tidak selamat.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kelewatan tindakan KKM akan mewujudkan situasi tidak selamat, terutama apabila negara dan rakyat dalam persediaan untuk membuka semula sempadan antarabangsa.

Katanya, keputusan negatif yang tidak tepat menggunakan kit ujian itu boleh menyebabkan mereka yang dijangkiti COVID-19 bergerak bebas, seterusnya meningkatkan bilangan kes.

“Saya pernah jadi mangsa keputusan ujian tidak tepat. Dua hari lalu, saya guna kit ujian kendiri dan bacaannya positif. Untuk sahkan, saya jalani ujian PCR yang menyusahkan dan mahal, hasilnya negatif. Kepada mereka yang ada pengalaman sama, ia mengundang banyak persoalan, situasi panik serta kos yang perlu ditanggung,” katanya.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini mempersoalkan ketepatan keputusan kit ujian kendiri COVID-19 yang banyak diluluskan di pasaran dengan menggunakan sampel air liur dan calitan hidung, seterusnya memberikan hasil tidak tepat.


Lam Thye juga mengingatkan orang ramai untuk terus memainkan peranan dalam mengekang COVID-19 berikutan perkembangan semasa menunjukkan semakin ramai yang alpa dalam aspek berkenaan.

“Semakin ramai bersikap lewa seperti melepaskan batok di tangga. Ada juga tidak memakai pelitup muka dan hidung dengan sewajarnya, berkumpul di tempat sesak tanpa mematuhi penjarakan fizikal. Rakyat perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) dan ini tanggungjawab bersama.

“Ditambah lagi dengan pembukaan semula sempadan negara tidak lama lagi. Keputusan itu adalah untuk kebaikan rakyat serta ekonomi negara,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori