Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PKNS Mahu Eratkan Lagi...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini melawat Pertubuhan Berita...

COVID-19: 20,696 Jangkitan Kes...

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20,696 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara antara tempoh seminggu...

Malaysia Komited Kekal 50%...

PUTRAJAYA - Malaysia komited untuk mengekalkan 50 peratus kawasan hutannya selaras dengan perjanjian...

Anak Perempuan TPM Selamat...

PUTRAJAYA - Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan...

Kos Pelaksanaan 5G Tidak Babit Jaminan, Pembiayaan Kerajaan

KUALA LUMPUR : Kos pelaksanaan rangkaian 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB) tidak akan membabitkan sebarang jaminan atau pembiayaan daripada kerajaan, terutama secara tidak langsung atau ‘off-balance sheet’, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ia sebaliknya akan dibiayai melalui gabungan pembiayaan tertunda kepada vendor, serta pembiayaan perdagangan dan modal kerja.

Selain itu, beliau berkata, ia juga dibiayai menerusi program sukuk yang akan diterbitkan dalam pasaran modal negara.

“DNB akan mendapatkan pembiayaan berkenaan melalui perkhidmatan kewangan seperti bank-bank, dan ini akan dibayar semula melalui hasil jualan yang dijana daripada penjualan kapasiti secara borong,” katanya dalam jawapan lisan kepada soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, DNB sudah menerima pembiayaan komersial berjumlah RM1.7 bilion, setakat akhir Januari lalu, dalam usaha membangunkan rangkaian 5G di negara ini.

Bagi tempoh sama, beliau berkata, jumlah yang sudah dibelanjakan DNB ialah sebanyak RM544 juta.

“Ini merangkumi perbelanjaan bagi infrastruktur rangkaian, perkakasan rangkaian dan modal kerja,” katanya.


Tengku Zafrul menjelaskan setakat 15 Disember lalu, rangkaian 5G sudah tersedia di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

“Sebanyak 500 tapak sudah berjaya diintegrasi setakat 9 Januari lalu, manakala hingga penghujung 2022, sebanyak 3,500 tapak lagi disasarkan meliputi Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan berharap pelaksanaan 5G dapat dilakukan dengan cekap dan lancar, sekali gus membawa manfaat kepada semua pihak berkepentingan.

“Ini kerana 5G adalah pemboleh daya (enabler) untuk menambah baik kesejahteraan rakyat dan mempertingkatkan daya saing negara.

“Pada masa sama, ia juga akan menggalakkan pelaburan berasaskan teknologi dari dalam dan luar negara ke negara ini,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori