Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Datuk Berdepan Hukuman Mati...

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki, termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret...

Red Wing Shoes Buka...

KUALA LUMPUR - Pengeluar kasut keselamatan utama, Red Wing Shoe Company Inc., mengembangkan...

Lebih Banyak ‘Baby Hatch’...

KUALA LUMPUR: Yayasan OrphanCare akan bekerjasama dengan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) bagi menyediakan...

Kaki Dari Paras Lutut...

NIBONG TEBAL - Penduduk di sekitar Kuari Batu Kawan di sini gempar ekoran...

Kotak Hitam Pesawat MU5735 Ditemui

BEIJING – Seorang pegawai pihak berkuasa penerbangan China memaklumkan bahawa satu daripada dua kotak hitam milik pesawat China Eastern Airlines yang terhempas di sebuah kawasan pergunungan dalam wilayah Guangxi berjaya ditemui, lapor portal berita Mint.

Perakam itu dilaporkan berada dalam keadaan rosak teruk sehingga menyukarkan pihak berkuasa menentukan sama ada ia merupakan perakam data pesawat atau perakam suara kokpit.

Penemuan kotak hitam itu amat dinanti-nantikan kerana ia akan menjadi petunjuk utama kepada punca pesawat Boeing 737-800 itu menjunam dari udara pada kelajuan yang pantas sebelum terhempas.

Juruterbang-juruterbang pesawat itu tidak memberi respons kepada pegawai pengawal trafik udara ketika pesawat menjunam jatuh, kata pihak berkuasa. Kesemua 123 penumpang dan sembilan kru dianggap telah terkorban.


Sementara itu, stesen televisyen tempatan berkata, kerja-kerja pencarian dihentikan seketika di lokasi nahas ekoran cuaca buruk.

Rakaman turut menyiarkan serpihan pesawat bertaburan di kawasan berlumpur.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori