Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Johari Dipersoal Pertikai Kepemimpinan...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Kedah, Datuk Johari...

4 Mangsa Histeria Kongsi...

KOTA BHARU - Isnin lalu kira-kira jam 11 pagi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)...

14.8% Rakyat Pahang Dikesan...

KUANTAN - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Norol...

Zeti Harap Siasatan 1MDB...

KUALA LUMPUR - Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berharap...

KPM Akan Teliti Kurikulum Tahap Satu Sekolah Rendah

KUALA NERUS : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti kurikulum tahap satu sekolah rendah sebelum melaksanakan penambahbaikan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia perlu diperincikan dengan merangkumi pelbagai sudut bagi melakukan penambahbaikan atau perubahan.

Beliau berkata, kitaran sekolah rendah akan berakhir tahun ini dan kurikulum baharu bakal dilaksanakan.

“Berkaitan dengan kurikulum ini, sebenarnya saya sudah jelaskan kurikulum ini ada pusingan, jadi untuk KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) kumpulan murid Tingkatan Lima yang menamatkan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) adalah kumpulan yang sudah menamatkan satu pusingan KSSM.

“Jadi mengikut pendekatan yang digunakan oleh KPM selama ini apabila selesai satu pusingan itu, ia akan dilihat (dan), diteliti semula kurikulum yang berkaitan untuk dilihat sekiranya perlu dibuat penambahbaikan atau perubahan.

“Untuk murid di sekolah rendah, kitarannya akan berakhir pada tahun ini sebab sekolah rendah (tempohnya) enam tahun, jadi murid yang pertama sekali masuk kurikulum baharu pada waktu itu akan tamat tahap pertama ini pada tahun ini.


“Kita akan terus meneliti, apakah penambahbaikan yang boleh dibuat, perubahan kurikulum tidak boleh dilihat secara kecil-kecilan sebaliknya membabitkan keseluruhan termasuk tahap satu, tahap dua, sekolah menengah dan seterusnya supaya sukatan digunakan pada masa kini hingga akan datang terus relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 Tahun 2022 di sini, malam tadi.

Terdahulu, KPM disarankan untuk mengembalikan semula Sistem3M iaitu membaca, menulis dan mengira untuk tahap satu sekolah rendah bagi menggantikan sukatan sedia ada.

Ia sekali gus dilihat dapat menangani isu beg berat murid yang berlarutan sekian lama melalui tujuh inisiatif utama yang digariskan oleh KPM.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori