Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Caj RM160 Untuk Jarak...

HANYA kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Demikian pepatah yang sesuai diberikan...

Zakat Di Pulau Pinang...

BUKIT MERTAJAM - Pengagihan zakat di Pulau Pinang hanya akan diberikan kepada umat...

Anwar Selesai Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah...

Nak Cantik Macam Neelofa?...

TIDAK dinafikan, kecantikan dan keanggunan personaliti televisyen bernama Neelofa ini menjadi dambaan setiap...

Kripto Tidak Diiktiraf Mata Wang Sah Diperlakukan Di Malaysia

KUALA LUMPUR : Kripto tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan di Malaysia, dan bukan instrumen pembayaran yang dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata aset digital seperti Bitcoin dan Ethereum tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran kerana ia tidak menunjukkan ciri universal wang.

“Secara umum, aset digital bukan penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik. Ini disebabkan keadaan aset digital yang terdedah kepada turun naik harga tidak menentu akibat pelaburan spekulatif, risiko kecurian akibat ancaman siber dan kekurangan dari segi boleh skala.

“Memandangkan teknologi pembayaran dan landskap aset digital semakin berkembang, pihak BNM sedang menilai secara aktif potensi mata wang digital bank pusat (CBDC), termasuk teknologi lejar teragih (DLT) untuk mencapai objektif dasar awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan kepada soalan June Leow Hsiad Hui (PH-Hulu Selangor) di Dewan Rakyat, mengenai kesediaan kerajaan mengiktiraf mata wang kripto dan platform ‘non-fungible tokens’ (NFTs) yang sedang melonjak naik secara global serta kesediaan kerajaan untuk mengaplikasikannya di negara ini.


Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, BNM sudah memulakan kajian CBDC berbilang tahun melalui pembuktian konsep (POC).

“Sebagai contoh, BNM sedang bekerjasama dengan Bank for International Settlements Innovation Hub dan bank pusat di Australia, Singapura serta Afrika Selatan menerusi Projek Dunbar untuk mengkaji potensi CBDC bagi menambah baik pembayaran rentas sempadan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori