Berikut kenyataan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) :
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru, Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.
Perincian pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh
@mof_malaysia dan @KWSPMalaysia
Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas KWSP ini, saya merayu kepada para pencarum supaya tidak mengeluarkan simpanan jika tiada keperluan mendesak.
Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Perdana Menteri Malaysia