Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Idea Bernas Dialog TN50...

KUALA LUMPUR - Idea-idea yang dicetuskan melalui Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) boleh...

3 Nelayan Thailand Ditahan...

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan seorang tekong...

KPWKM Bentang Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan pindaan Akta...

Video Aziz Laikar Tak...

KETUA komunikasi AirAsia Berhad, Aziz Laikar baru-baru ini menyiarkan sebuah video melalui media...

Langkawi Sedia Sambut Pelancong Antarabangsa

Langkawi : Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melakukan persiapan rapi bagi menyambut ketibaan pelancong antarabangsa sejurus pembukaan sempadan negara, Jumaat ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, pelbagai acara dirancang bertujuan merancakkan kembali pulau ini selain sebagai tanda penghargaan dan kemesraan penduduk tempatan.

“LADA telah membuat penyelarasan untuk mengadakan sambutan bersesuaian bagi ketibaan pelancong penerbangan terus dari Singapura pada 5 petang, Jumaat ini.

“Disusuli setengah jam kemudian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bersama sekumpulan pelancong asing yang transit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut tiba,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.


Terdahulu, Nasaruddin turut menyertai acara Kayuhan Malam Earth Hour sejauh 10 kilometer bermula di pekarangan Menara Maha mengelilingi pekan Kuah dan berpatah balik.

Seramai 200 peserta menyertai acara itu yang juga sebahagian aktiviti disusun sempena ulang tahun LADA ke 32, disambut selama 15 hari berakhir Khamis ini.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori