Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Akim Ungguli Anugerah Komposer...

KUALA LUMPUR - Undian peminat membolehkan penyanyi dan komposer Akim mengungguli Anugerah Komposer...

Fuziah Salleh Kesal Kenyataan...

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh kesal dengan kenyataan...

AirAsia Ambil Bahagian Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia mengambil bahagian dalam inisiatif Earth...

Bantulah Farisya Din, Tak...

MELAKA - Kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah jantung berlubang, Farisya Dini Juhari, 4,...

Lawatan Rasmi Sulung PM Ke Vietnam Bermula Esok

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi sulung beliau ke Vietnam bermula esok hingga 22 Mac ini di atas jemputan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh.

Kementerian Luar Negeri (KLN) berkata, pertemuan di antara dua rakan sejawat itu akan diadakan bagi menilai kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan 2021-2025 Perkongsian Strategik Malaysia-Vietnam selain bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa melibatkan kepentingan bersama.

“Kedua-dua Perdana Menteri akan menyaksikan pertukaran dokumen termasuklah Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Aktiviti Kerjasama Undang-Undang serta MoU mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja.

“Malaysia dan Vietnam turut bersetuju untuk menerokai kerjasama dalam bidang latihan diplomatik yang akan dizahirkan melalui satu Surat Niat serta pemeteraian satu Perjanjian Kerjasama Profesional antara Bernama dan Agensi Berita Vietnam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, Perdana Menteri akan turut diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta pegawai-pegawai kanan kerajaan daripada Pejabat Perdana Menteri dan kementerian yang berkaitan.


Jelas kenyataan itu, Ismail Sabri turut dijadual mengadakan pertemuan berasingan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Presiden Vietnam, dan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam.

“Perdana Menteri juga akan mengadakan sesi libat urus dengan komuniti perniagaan Malaysia dan bertemu dengan Keluarga Malaysia di Vietnam.

“Lawatan Rasmi ini mencerminkan kepentingan hubungan Malaysia–Vietnam selaku negara jiran dan rakan kongsi dalam ASEAN malah kedua-dua negara bakal menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada 2023,” katanya.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori