Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Khalid Kongsi Tips...

BEBERAPA bulan dulu kecoh di media sosial apabila seorang lelaki Kelantan muncul dalam...

Zam, Perginya Permata Kewartawanan...

KUALA LUMPUR – Malaysia hari ini kehilangan seorang ikon kewartawanan negara berikutan pemergian...

Cuba Rasuah Sultan: Serah...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sehingga 12 malam ini...

“Jangan Jadi Nasi Tambah...

RUPA-RUPANYA masih lagi belum reda kisah keretakan perhubungan cinta antara selebriti Neelofa dan...

Lebih 25,000 Mangsa Banjir Tiga Negeri

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Selangor kini mencecah 25,259 orang dengan 121 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sehingga jam 8 malam ini.

Negeri tertinggi yang mencatat mangsa banjir adalah Terengganu dengan 13,536 mangsa, diikuti Kelantan seramai 8,709 mangsa dan Selangor (14 orang).

Laporan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyatakan sebanyak 90 PPS dibuka di Terengganu dan 30 di Kelantan, manakala satu PPS di Selangor.

“Bilangan keseluruhan keluarga terbabit dalam bencana ini adalah 7,160 dengan 13 daerah di tiga negeri itu terjejas.


“Sebanyak 121 PPS dibuka, manakala dua lagi ditutup sehingga tempoh ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan laporan itu, daerah di Kelantan yang terjejas banjir adalah Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat, manakala di Terengganu adalah Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu, serta Gombak di Selangor.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori