Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

PRK Sungai Besar, Kuala...

PUTRAJAYA - UMNO sudah mengenal pasti beberapa individu berpotensi untuk disenaraikan sebagai calon...

GST: Wanita MCA Anjur...

KUALA LUMPUR - Wanita MCA dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan melaksanakan...

Rayani Air Punya Pas...

SEBELUM ini pelbagai masalah melanda syarikat penerbangan patuh syariah pertama, Rayani Air sehingga...

95.2 Peratus Populasi Dewasa...

Sebanyak 95.2 peratus atau 22,297,446 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Lori Bawa Asid Sulfurik Terbalik

BUKIT MERTAJAM – Sebuah lori membawa muatan asid sulfurik terbalik dalam kejadian di Simpang Tiga Pondok Labu, Jalan Sungai Labu di sini, pada jam 3.55 petang, Isnin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Mohd Shariff Md Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4 petang daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah lori lima tan jenis Isuzu dengan muatan tujuh buah tong telah terbalik.

“Pemeriksaan mendapati, kesemua tong berkenaan berisi 1,500 liter asid sulfurik setiap satu. Lori tersebut terbalik tanpa melibatkan kenderaan lain.

“Pemandu lori yang berseorangan ketika kejadian mengalami kecederaan pada kepala namun dia berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan sendirinya,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.


Katanya, mangsa yang berusia lingkungan 50-an dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Kita turut mendapat bantuan daripada Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Prai kerana ia melibatkan bahan kimia yang merbahaya.

“Terdapat dua tong telah bocor dan tertumpah di tepi jalan. Ketika ini, kerja-kerja mengenal pasti bahan kimia lain yang terlibat sedang dilakukan. Kita turut mendapat bantuan daripada syarikat bahan kimia tersebut,” katanya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori