Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dibebani Lonjakan Kluster...

KUALA LUMPUR - Gelombang Ketiga pandemik Covid-19 yang membadai Malaysia sejak 20 September...

K’jaan Kaji Sekat Remaja...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk mengehadkan akses internet bagi remaja...

Doktor Terawal Beri Amaran...

SHANGHAI/BEIJING - Seorang doktor di China yang merupakan antara terawal memberi amaran mengenai...

Sarawak: Mangsa Banjir Berkurangan...

KUCHING - Keadaan banjir di Sarawak semakin surut dengan jumlah mangsa banjir di...

Mahkamah Jenayah Antarabangsa Akan Siasat Rusia

THE HAGUE, Belanda – Rusia akan disiasat kerana disyaki melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Ukraine , kata Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICCV) di Belanda, lapor laman berita Metro.co kelmarin.

Ketua Pendakwa Raya ICC, Karim Khan mengesahkan malam kelmarin bahawa beliau akan membuka kertas siasatan secepat mungkin.

Perkembangan itu berlaku selepas pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) mengutuk Rusia kerana didakwa menyerang sebuah tadika dalam tindakan yang dianggap sebagai jenayang perang.

Khan berkata dalam satu kenyataan bahawa siasatannya akan tertumpu kepada jenayah perang yang didakwa berlaku sebelum pencerobohan Rusia bermula pada minggu lalu tetapi menambah: “berikutan konflik Ukraine yang semakin meluas sejak beberapa hari lalu, adalah hasrat saya supaya siasatan ini turut merangkumi sebarang jenayah baharu di bawah bidang kuasa ICC yang dilakukan oleh mana-mana pihak dalam konflik ini atau di mana-mana kawasan di Ukraine,” katanya.

ICC telah melakukan siasatan terhadap jenayah berkaitan operasi menghapuskan bantahan pro-Eropah di Kiev antara tahun 2013 hingga 2014 dan dakwaan jenayah perang di Semenanjung Crimea yang dirampas oleh Rusia serta timur Ukraine.


Pada Disember 2020, pendakwa raya ICC ketika itu, Fatou Bensouda berkata, siasatan awal itu menemui petunjuk bahawa jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang berada di bawah bidang kuasa ICC berlaku di Ukraine.

Bagaimanapun, pendakwa raya mahkamah berkenaan masih belum memohon kelulusan daripada panel hakim untuk melakukan siasatan secara menyeluruh.

Khan yang merupakan pengganti Bensouda berkata, beliau akan membuka siasatan yang diusulkan oleh pendakwa raya sebelum ini dan memperluaskannya supaya merangkumi jenayah yang dilakukan semasa pertempuran sejak Rusia menceroboh Ukraine pada minggu lalu.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori