Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bombardier, MIGHT Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Bombardier Transportation dan Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT)...

Rakyat Sabah Diminta Elak...

TAWAU - Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa...

Dewan Rakyat ‘Panas’ Isu...

KUALA LUMPUR - Beberapa penyokong kerajaan terutama daripada DAP dilihat ‘panas’ apabila penulisan...

100 Motosikal Kena Bakar...

LEBIH 100 motosikal terbakar dalam kebakaran yang disyaki berpunca daripada perbuatan khianat di...

Mahu 30 Peratus Kuota Calon Wanita Dalam Semua Pilihan Raya

Kuala Lumpur : Pergerakan Wanita Umno terus konsisten mendesak parti agar memberikan 30 peratus kuota kepada calon wanita dalam semua pilihan raya.

Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, ini berikutan kejayaan calon wanita dari Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Beliau berkata, setakat ini permintaan pencalonan itu mendapat perhatian parti dan diharap ia akan terus diberikan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

“Pergerakan Wanita Umno komited untuk dapatkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon dalam kalangan wanita.

“Kejayaan yang diperoleh calon wanita sudah terbukti dan menunjukkan pengundi juga menaruh harapan memberi mandat kepada wanita,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Agung Umno 2021 (Pau 2021), di Pusat Dagangan Dunia, di sini.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi PRU-15, Norliza berkata, pergerakan itu sudah menggerakkan akar umbi untuk mengenal pasti pengundi dan menguatkan jentera parti.


Katanya, pergerakan itu adalah tulang belakang dalam semua kejayaan Umno dan BN dalam setiap pilihan raya dan ini diakui oleh kepimpinan parti.

“Kini kami menggunakan pendekatan lebih moden dengan mendekati masyarakat menerusi pelbagai platform media sosial.

“Dengan 1.3 juta keahlian Wanita Umno, kami yakin dapat menyantuni majoriti pengundi supaya mandat lebih besar dikembalikan kepada Umno dan BN.

“Kami juga giat mendekati pengundi baharu dan muda bagi membolehkan mereka tahu apa kepentingan membentuk kerajaan yang stabil dan hak mengundi perlu digunakan sebaik mungkin,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori