Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Peguam Pemerhati Mahu Prosiding...

SEREMBAN : Kumpulan peguam pemerhati kepada Bella, berharap agar keseluruhan proses dan prosiding...

Selitkan Pendidikan Antirasuah Dalam...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia (MCPF) mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan (MOE)...

Menghadapi Keguguran Cahaya Mata

MENGHADAPI kehilangan permata anda dan pasangan adalah tempoh yang sukar dan mencabar untuk anda...

MYMATA, Evolusi Baharu Awasi...

KUALA LUMPUR - Sistem MYMATA yang diperkenalkan kini dilihat sebagai evolusi baharu dalam...

Malaysia Lulus Pendaftaran Bersyarat Paxlovid Rawat COVID-19

KUALA LUMPUR : Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) meluluskan pendaftaran bersyarat Paxlovid untuk kegunaan semasa bencana bagi rawatan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Paxlovid digunakan untuk rawatan COVID-19 pada orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.

Bagaimanapun, produk Paxlovid tidak bertujuan untuk digunakan sebagai pengganti bagi vaksinasi COVID-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat itu memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.


Langkah itu bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk tersebut kekal positif.

Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. merupakan pemegang pendaftaran produk Paxlovid, manakala pengilang pula adalah Pfizer Manufacturing Deutschland GmbH, Jerman dan Pfizer Ireland Pharmaceuticals, Ireland.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori