Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

PRU-15: Khaled Nordin Menang...

Kota Tinggi : Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya memenangi...

Telefon Bimbit Leagoo CF1...

LEAGOO merupakan salah satu jenama dari China yang semakin aktif memasarkan peranti mereka di...

Najib: Hargai Pengorbanan Pasukan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya bersama-sama menghargai...

“Sumpah Saya Tak Ambil”...

KUALA LUMPUR – Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Menteri Pelancongan...

Malaysia Sambut Hari Komanwel Hari Ini

PUTRAJAYA – Malaysia bersama 53 negara anggota Komanwel yang lain meraikan sambutan Hari Komanwel hari ini.

Acara yang disambut setiap tahun pada Isnin minggu kedua Mac itu, bertujuan meraikan jalinan persamaan, ikatan persahabatan dan sumbangan Komanwel dalam mewujudkan keamanan serta keharmonian.

Tema sambutan kali ini adalah sama dengan tema Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2022 iaitu Delivering a Common Future: Connecting, Innovating, Transforming.

CHOGM 2022 berhasrat untuk mentransformasikan seluruh Komanwel menjadi masyarakat yang bertunjangkan nilai-nilai demokrasi, multilateralisme dan pembangunan mampan, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Komanwel ditubuhkan pada 1949 dan Malaysia menjadi negara anggota pada 1957. Malaysia pernah menganjurkan CHOGM ke-11 pada 1989.

Pada sidang kemuncak itu, ketua-ketua kerajaan telah memperakui Langkawi Declaration on the Environment. Dokumen berkenaan menyeru agar negara-negara anggota mengukuhkan kerjasama dalam menangani isu-isu alam sekitar.


Pada 1998, Malaysia menjadi negara Asia pertama menganjurkan Sukan Komanwel.

Menurut kenyataan itu, Malaysia turut mengalu-alukan penganjuran CHOGM Ke-26 di Kigali, Republik Rwanda pada Jun 2022.

Pada sidang kemuncak berkenaan, ketua-ketua kerajaan dijangka membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan pemulihan ekonomi pasca pandemik, akses kepada bekalan vaksin Covid-19 secara adil, selamat dan berpatutan, isu alam sekitar dan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori