Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditikam, Bayi Dalam...

KEJAM. Seorang wanita yang sedang mengandung ditikam hingga mati manakala bayi dalam kandungannya dikeluarkan...

Pemandu Mabuk Rempuh Bazar...

BATU PAHAT - Dua parah, manakala dua lagi cedera apabila sebuah pacuan empat...

Mahdzir, Adenan Bincang Isu...

KUCHING - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua...

Pendekatan Baharu Permudah Kelulusan...

KUANTAN - Kerajaan negeri memperkenalkan tiga pendekatan baharu bagi memudahkan urusan kelulusan pindah milik,...

Malaysia Sokong Resolusi PBB Kutuk Rusia Ceroboh Ukraine

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka menyokong draf resolusi mengecam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) esok.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Syed Mohamad Hasrin Aidid Tengku Hussin memberi bayangan itu ketika berucap pada sesi khas ke-11 semalam selain mengambil contoh insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh puak pemisah Rusia di Ukraine yang bergolak dan mengorbankan kesemua 298 mangsa pada 2014.

“Sehubungan itu, Malaysia akan mengundi untuk sokong draf resolusi berkenaan pada sesi persidangan kali ini,” jelas beliau sebelum menamatkan ucapan selama empat minit tersebut.

Sejumlah 193 negara dijangka mengundi resolusi tidak terikat tersebut yang ditaja hampir 80 negara setelah tamat ucapan lebih 100 wakil negara anggota PBB di New York lewat hari ini dan pada Jumaat lalu, Rusia berjaya menggagalkan resolusi yang mengutuk negara berkenaan apabila seperti diduga telah menggunakan undi veto bagi menolak usul di Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres berharap, resolusi UNGA itu akan memberi mesej yang jelas kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk segera menghentikan konflik di Ukraine dan kali terakhir Malaysia mengundi menyokong resolusi UNGA yang mengutuk keras Rusia ialah apabila kuasa dunia itu menceroboh wilayah Crimea milik Ukraine pada 2014 lalu.


Lunas perundangan
Mengulas lanjut, Syed Mohamad Hasrin Aidid berkata, Malaysia mengulangi komitmen agar kemelut di Ukraine berakhir dengan aman dan mengikut lunas perundangan antarabangsa.

“Malaysia juga menyeru semua pihak bertelagah untuk mengelak daripada tindakan sehala yang boleh mencetuskan ketegangan serantau dan bakal memberi kesan sejagat. Pada masa sama, Malaysia menyambut baik proses rundingan diplomatik antara Rusia dan Ukraine di Belarus pada Isnin lalu sambil berharap konflik berdarah ditamatkan lebih awal,” katanya.

Rusia melancarkan misi ketenteraan berskala penuh pada 24 Februari lalu dengan serangan pelbagai arah bagi menggulingkan kerajaan Ukraine dan menubuhkan rejim boneka baharu dan ia digerakkan Moscow atas alasan konon Kyiv melakukan dasar ala Nazi ke atas etnik Rusia di negara Eropah tersebut selain hasrat mahu menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.

Utusan-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori