Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suri Rumah Kelar Anak...

TEMERLOH - Mahkamah membenarkan suri rumah yang hari ini didakwa atas pertuduhan membunuh...

Tabika Kemas Usaha Kebun...

UNIKā€¦ Tabika Kemas biasanya disinonimkan dengan aktiviti dalam kelas yang berkait rapat dengan...

Ayuh Kibarkan Jalur Gemilang...

KUALA LUMPUR - Bersempena Bulan Kebangsaan yang disambut sepanjang bulan ini, rakyat diseru...

Erti Kemerdekaan Buat Seorang...

KUALA BERANG ā€“ Kemajuan besar yang dicapai Malaysia hari ini dapat dilihat bila...

Malaysia Terima Ubat Antiviral Covid-19 Mulai Bulan Ini

PETALING JAYA – Malaysia bakal menerima ubat-ubatan antiviral untuk diberikan kepada pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi mulai bulan ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia dijangka tiba dua minggu lagi dan bekalan ubat tersebut akan digunakan kepada 110,000 pesakit yang berisiko tinggi.

ā€œMungkin dalam dua minggu lagi kita akan terima. Dalam perolehan yang pertama, kita telah beli 110,000 pesakit dan akan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi.

ā€œKalau kita dapati penggunaan ubat ini berkesan sepertimana maklumat yang diterima, kita akan tambah lagi pembelian ubat tersebut,ā€ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Dialisis kali ke-16 di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, Malaysia telah meluluskan penggunaan pil untuk rawatan Covid-19 keluaran Pfizer, Paxlovid secara pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang bersidang pada Khamis lalu.


Dalam perkembangan sama, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat dua lagi bekalan ubat yang bakal dibeli untuk merawat pesakit Covid-19.

Bagaimanapun katanya, ia masih belum lagi dimuktamdkan.

ā€œAda dua lagi yang kita mungkin akan beli, Molnupiravir dan AstraZeneca. Tetapi ini belum lagi kita muktamadkan,ā€ katanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori