Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lebih Ramai ‘Geng Pak...

ALOR SETAR - Polis Kedah mendedahkan lebih ramai anggota ‘Geng Pak Su’ yang...

Belanjawan 2023: Tiada Pengenalan...

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun...

Jurunikah Rebah Ketika Baca...

KLUANG - Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Kluang meninggal dunia...

Demi Ibu, 2 Beradik...

DEMI berjumpa ibu, dua orang kanak-kanak yang masih berbaju tidur berjalan kaki berpuluh...

Mana Suara NGO Semasa Ramai Lompat Parti Sertai PH?

Rata-rata rakyat Malaysia hari ini celik politik dan menyokong undang-undang antilompat parti diperkenalkan secepat mungkin.

Rakyat menyuarakan perihal itu secara terbuka di media sosial yang kini menjadi saluran utama komunikasi antara rakyat dan kerajaan.

Rakyat tidak perlukan badan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH, Suaram dan beberapa NGO lain yang berarak ke Parlimen hari ini menyuarakannya.

NGO seperti ini tiada “moral standing” untuk jadi hero akta lompat parti kerana mereka diketahui bias, berat sebelah dan beragendakan pembangkang.

Mana pergi NGO terbabit ketika ramai ahli politik melompat parti apabila Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?

Kerajaan Sabah yang masih kekal di bawah Barisan Nasional (BN) tumbang selepas enam ADUN menyertai parti pro-PH tersebut selepas PRU-14.

Jika NGO ada bersuara pun sedikit sahaja. Tidaklah terlalu ghairah sehingga berarak daripada Tugu Negara ke Parlimen bagi menyatakan bantahan.


Begitu juga dengan perlompatan beramai-ramai pembelot UMNO/BN kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu.

Kurang sangat mendengar kemarahan membuak-buak NGO terlibat terhadap perbuatan yang mencemarkan demokrasi negara ketika itu.

Hari ini sewaktu PH, PPBM, MUDA, Warisan bukan lagi kerajaan barulah NGO itu menunjukkan muka semula konon merekalah wira demokrasi.

Pada waktu kedudukan politik langsung tidak memihak kepada empat parti tersebut. PH dan rakan-rakan kalah dan kalah dalam pilihan raya.

Pada waktu pembangkang khuatir ramai lagi pemimpin mereka akan lari meninggalkan mereka seperti pernah UMNO/BN alami selepas 9 Mei 2018.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori