Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

K’jaan Persekutuan Diminta Kaji...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini meminta...

Taman Tema Berdarah, 2...

MENURUT laporan media China, dua individu maut manakala tiga lagi sedang dirawat setelah berlaku...

Ingatan Kepada Pengguna Media...

MELAKA - Polis Melaka mengingatkan pengguna media sosial di negeri itu agar tidak...

Hati-Hati Maklumat Berunsur Fitnah...

PASIR MAS - Pengguna internet perlu berhati-hati terhadap maklumat yang ditularkan di media...

Mayat Wanita Rentung Sah Mangsa Bunuh

KUALA LUMPUR : Mayat yang ditemui rentung dalam kebakaran bengkel di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini semalam, disahkan sebagai mangsa bunuh.

Mayat wanita berkenaan ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelemat Bandar Tun Razak yang memadamkan kebakaran bengkel pertanian kemahiran hidup itu selepas menerima laporan kejadian pada jam 6.04 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata polis menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 6.18 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan ke tempat kejadian dan kebakaran sudah dipadamkan bomba. Pihak bomba turut menemui mayat dalam keadaan rentung seluruh badan yang kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pasukan forensik polis turut menjalankan siasatan di lokasi dan dan hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan bekerja sebagai penyelia di kedai buku sekolah terbabit.


“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian,” katanya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa bukti yang sahih.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau balai polis berdekatan.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori