Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ibu Bapa, Guru Perlu...

SEREMBAN - Ibu bapa dan guru perlu peka dengan setiap perubahan tingkah laku...

Kajian Semula Kasut Hitam,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan membuat kajian semula pelaksanaan peraturan pemakaian kasut...

Rais Tegur Sikap Ahli...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim pada...

Serbu Pusat Kusta, 10...

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Selangor menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

MB Selangor Umum Perbekalan Tambahan RM160 Juta

SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM160 juta melalui cadangan satu Enakmen Perbekalan Tambahan No. 1.

Perbekalan tambahan tersebut bertujuan menampung pemberian Bantuan Selangor Bangkit (BSB) sebanyak RM150 juta dan penambahan siling Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Selangor berjumlah RM10 juta.

Beliau berkata, perbekalan tambahan tersebut adalah berdasarkan Enakmen Perbekalan 2022 yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 November tahun lalu sebanyak RM2.27 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan perkhidmatan negeri tahun 2022.

“Tujuan Rang Undang-undang ini ialah untuk memberi kuasa statutori bagi bayaran tambahan tertentu dibuat untuk perkhidmatan negeri tahun 2022 yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang sedia ada.

“Dengan penjelasan yang telah diberikan tadi, saya mencadangkan satu Enakmen Perbekalan Tambahan No. 1 (2022) bagi menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan, untuk perbelanjaan tambahan pertama berjumlah RM160,000,000.00 dan memperuntukkan wang itu bagi maksud yang tertentu dibaca kali yang kedua,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika membacakan cadangan bagi rang undang-undang perbekalan tambahan dalam Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Selangor ke-14 Tahun 2022 di Dewan Annex, semalam.


Dalam pada itu, Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua ketika ucapan penggulungan perbahasan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjelaskan, sebanyak 118,000 keluarga yang terjejas akibat tragedi banjir pada 17 Disember lalu dikenalpasti dan diberikan bantuan BSB.

Menurutnya, sebanyak RM118 juta dibelanjakan bagi memberikan RM1,000 bagi setiap keluarga melalui BSB yang keseluruhannya dijangka diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri termasuk sebarang bantahan yang berbangkit berhubung penyerahan itu.

“Kita dapat laksanakan pemberian RM118 juta kepada 118,000 keluarga, bukan sedikit, di Pahang ada 40,000 itu pun belum selesai sepenuhnya, di Melaka sudah selesai tetapi mangsanya 600 keluarga.

“Alhamdulillah, mungkin dalam tempoh sehingga bulan Ramadan atau sebelum Hari Raya Aidilfitri kita boleh selesaikan semuanya, termasuk bantahan-bantahan yang ada,” ujarnya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori