Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Melaka Fail Petisyen...

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di...

Abdul Hadi Dakwa DAP...

PETALING JAYA : Pas mendakwa DAP bukan sahaja menyebarkan Islamofobia tetapi berterusan melemparkan...

Anwar Dibenar Cabar Keputusan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan Datuk...

Parlimen Sahkan 8 Tetamu...

KUALA LUMPUR - Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia mengesahkan menu daging Wagyu yang...

Moscow Akan Bertindak Jika Bosnia-Herzegovina Sertai NATO

BELGRADE : Bosnia dan Herzegovina mempunyai hak untuk memilih sama ada mahu menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) atau sebaliknya, tetapi Moscow berhak bertindak berdasarkan kepentingan negaranya, lapor Agensi Anadolu, memetik perwakilan Russia.

“Jika Bosnia dan Herzegovina memutuskan untuk menjadi ahli sebarang pertubuhan, ia adalah perkara dalaman. Tetapi terdapat perkara lain boleh mencetuskan reaksi kami.

“Dalam isu Ukraine, kami bertindak balas terhadap ancaman,” kata Duta Russia ke Bosnia dan Herzegovina, Igor Kalabukhov kepada Persekutuan Televisyen Bosnia dan Herzegovina.

Kalabukhov berkata, rakyat Bosnia tidak perlu bimbang dengan Russia.

Ahli Majlis Presiden Bosnia dan Herzegovina, Sefik Dzaferovic menyifatkan kenyataan Kalabukhov sebagai “serangan ke atas integriti wilayah Bosnia dan Herzegovina,”.


“Bosnia dan Herzegovina ialah sebuah negara berdaulat ia berhak membuat keputusan sendiri mengenai masa depannya berdasarkan rangka kerja Perlembagaan dan undang-undang, dan bertindak atas permintaan serta kepentingan rakyatnya. Kami tidak akan menurut kemahuan pihak lain dan Russia tidak ada hak untuk memastikan masa depan Bosnia,” kata Dzaferovic.

Dzaferovic sebelum ini berkata, Bosnia dan Herzegovina akan lebih selamat dan dilindungi jika menjadi sebahagian ahli Kesatuan Eropah dan NATO.

Beliau menggesa EU dan NATO membuka pintu keanggotaan kepada Bosnia dan Herzegovina dan negara-negara barat Balkan yang lain, sambil berkata ia akan menghalang risiko, bahaya dan situasi sama seperti krisis di Ukraine.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori