Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

TMJ Saran Agar Kekalkan...

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam memberikan pendapat peribadinya secara...

Pengorbanan Ibu Bapa Penting...

Di mana-mana negara sekali pun, modal insan merupakan aset paling berharga bagi menjana...

5 Modul, 3 Sub-Modul...

KLUANG - Kerajaan bakal memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Program Latihan...

Tiga Asteroid Besar Lintasi...

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) semalam mengeluarkan amaran...

MPP UiTM Gesa Tindakan Terhadap Pensyarah Didakwa Hina B40

KUALA LUMPUR : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyelar tindakan seorang pensyarah yang didakwa memperlekeh golongan B40 dalam video yang tular di media sosial, pada Rabu.

Video klip berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan pensyarah wanita terbabit memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah merendah-rendahkan golongan B40.

Yang di-Pertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan berkata, tindakan pensyarah terbabit merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika malah sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera.

“Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini.


“Pensyarah terbabit perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan ramai rakyat berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Rasydan berkata, manifesto sering disuarakan pihak pengurusan UiTM bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlu dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah terbabit dan mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori