Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Ditumbuk, Ditendang Lelaki...

VIRAL menerusi media sosial China apabila rakaman video memaparkan lelaki bersenjata tajam memukul...

Hanya Kongsi Cerita, Bukan...

SEMALAM telah berlangsungnya satu program khas iaitu perkongsian pengalaman hidup berumah tangga penyanyi...

Drama Azmin Bela Anwar,...

ADA yang tersenyum sinis apabila mendengar khabar seolah-olah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri...

Kaji Hanya Kanak-Kanak Divaksin...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji untuk hanya membenarkan kanak-kanak yang telah divaksin sahaja...

Muafakat Nasional Belum Berpecah – Idris

IPOH : Gagasan Muafakat Nasional (MN) tidak pernah berpecah disebalik pelbagai isu yang timbul membabitkan Pas dan UMNO.

Naib Presiden Pas, Senator Datuk Idris Ahmad menegaskan, Pas masih teguh dengan pendirian berhubung penyatuan ummah dan masa depan orang Melayu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“MN memang tidak pernah berpecah, pada kita (Pas) mana yang lebih baik? Pakat dua sahaja atau pakat tiga? Sudah tentu pakat ramai- ramai lagi baik. Jadi, kita mengharapkan agar masih berada pada tahap itu.

“Soal orang lain kata macam-macam pada kita, itu terpulanglah. Pas mengambil pendirian sebagai parti yang memilih penyatuan bagi masa depan politik orang Islam dan Melayu.

“Kena ingat juga yang masyarakat kita agak marginal, kalau orang lain boleh bersatu jadi satu kenapa pula orang kita hendak pecah tiga? Apa keadaan politik pada masa akan datang?” Soalnya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada 21 keluarga mangsa banjir dan ribut di Dewan Dato’ Ahmad Said di Sungai Rokam di sini semalam.


Sementara itu, mengulas sama ada akan diadakan perbincangan antara Pas dan UMNO dalam masa terdekat, Idris berkata, tiada keperluan untuk itu.

“Setakat hari ini kita tidak bergaduh dengan UMNO, jadi macam mana mahu pergi pejabat kadi? Kita duduk baik dengan isteri, elok sahaja.

“Saya dengan orang UMNO tidak kira pimpinan kawasan jumpa di kawasan rehat dan rawat mahupun di Kabinet elok sahaja. Semasa kempen di Johor pun orang UMNO bayar makanan saya. Itu menunjukkan kita tiada masalah,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori