KUALA LUMPUR : Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa parti itu mendahului majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.
Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz, berkata calon parti itu, Lim Wie Jiet mendahului dengan 138 undi, diikuti Haslinda Salleh daripada Barisan Nasional (BN).
“Calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Humaizi Uzir setakat ini menerima 48 undi, manakala Mohd Fauzi Bachok (PEJUANG) tujuh undi,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, sebentar tadi.
Dalam ciapan berasingan, Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long, berkata Amira Aisya yang juga calon parti itu di DUN Puteri Wangsa, memenangi undi pos.
-Berita Harian