Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PPM Rampas Rokok Seludup...

KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas pelbagai jenis rokok seludup...

Tumpu Projek Boleh Disiap...

KUCHING - Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tahun ini mengutamakan projek...

Arab Saudi Keluarkan 70...

MEKAH: Lebih 70 juta permit dikeluarkan untuk menunaikan umrah di Masjidilharam dan bersolat...

Dua Direman 7 Hari...

PUTRAJAYA - Bekas setiausaha dan akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di...

Muhyiddin, Menteri Bersatu Sila Letak Jawatan Dalam Kerajaan

PETALING JAYA : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi menggesa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan dalam kerajaan susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ini selepas Muhyiddin meluahkan hasrat sedia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), setelah hanya memenangi tiga kerusi.

“Sepatutnya Muhyiddin dan menteri-menteri Bersatu letak jawatan dalam kerajaan.

“Mereka berkempen secara habis-habisan. Bersatu berbelanja besar termasuk sedia bas untuk mengangkut pengundi,” katanya menerusi Facebook miliknya.

Puad yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit juga menyifatkan peletakan jawatan itu perlu dilakukan selepas Muhyiddin menyerang UMNO dan pemimpin UMNO dengan kasar sepanjang tempoh PRN Johor berlangsung.


“Justeru, bermaruahkah Muhyiddin dan menteri Bersatu terus kekal dalam kerajaan yang dipimpin oleh UMNO?

“Tekanlah button jika bermaruah. Bangsa Johor tidak percaya kamu prihatin Bangsa Johor,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori