Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

SPRM, Jabatan Audit Negara...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) sedang...

Anggota Polis Maut Motosikal...

SHAH ALAM - Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dalam satu...

Pemandu Korban 4 Nyawa...

PEMANDU treler beras yang terlibat dalam nahas mengorbankan empat sekeluarga di Kilometer 52...

Arja Lee Mahu Tumpang...

PELAKON Arja Lee yang namanya baru-baru ini hangat diperkatakan berikutan penyebaran videonya sedang...

Murid Digalakkan Berpakaian Seragam Ke Sekolah

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan murid supaya memakai pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan baharu dibuka pada 21 Mac ini.

Namun, kelonggaran diberikan kepada murid yang tidak mempunyai pakaian yang sesuai dan mereka akan diberi kelonggaran untuk hadir ke sekolah dengan pakaian sopan juga bersesuaian.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, seperti sesi persekolahan sebelumnya, ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

“Bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod,” katanya menerusi satu rakaman video di laman Facebook beliau, hari ini.


Katanya, bagi ujian saringan kendiri Covid-19 pula, 10 peratus daripada murid sekolah rendah akan menjalani ujian kendiri di rumah.

Radzi berkata, pihak sekolah akan bekalkan kit ujian kendiri kepada murid berkenaan dan melaksanakan ujian itu di rumah sebelum memaklumkan keputusannya kepada pihak sekolah.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori