Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Angka Maut Letupan Paip...

MEXICO CITY - Angka kematian dalam insiden letupan akibat kebocoran saluran paip minyak...

Lebih 100 Bank Di...

WASHINGTON - Serangan siber sofistikated global menyasarkan lebih 100 bank di 30 negara,...

3,551 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini kekal melebihi 3,000 apabila...

Pasukan Azmin Jumpa Agong...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Ahli Parlimen PKR yang diketua bekas Timbalan Presidennya, Datuk...

Nahas Pesawat Di China: Peluang Temukan Mangsa Terselamat Tipis

BEIJING: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan China Eastern Airlines yang membawa seramai 132 penumpang dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di selatan China semalam.

Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari bandar Kunming ke Guangzhou, menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC).

Pesawat terlibat merupakan model Boeing 737-800 dan setakat ini, jumlah kematian belum dikenal pasti.

Namun, berdasarkan pemantauan awal pasukan kecemasan yang tiba di lokasi kejadian, peluang untuk menemukan mangsa masih hidup adalah tipis.

Kawasan lokasi nahas diselubungi asap tebal akibat pesawat yang meletup dan terbakar.

Pihak berkuasa China juga belum mengenal pasti punca nahas melibatkan pesawat berusia enam tahun berkenaan.

Jelas CAAC, pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan ketika melalui bandar Wuzhou.

Terdapat seramai 123 penumpang dengan sembila kru dalam penerbangan tersebut.

“CAAC sudah mengaktifkan mekanisme kecemasan dan pasukan keselamatan dikerah ke lokasi untuk melakukan operasi mencari serta menyelamat (SAR),” jelas CAAC.


Pesawat tersebut berlepas dari bandar Kunming pada pukul 1.11 petang waktu tempatan dan terputus hubungan pada pukul 2.22 petang pada ketinggian 3,225 kaki dan kelajuan 376 knot.

Pesawat itu dijadualkan mendarat di Guangzhou pada pukul 3.05 petang.

Nahas itu kemudiannya disahkan oleh China Eastern menerusi gambar hitam putih yang disiarkan dalam laman webnya sebagai tanda berkabung atas insiden yang berlaku.

Menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan, kali terakhir China berdepan nahas pesawat adalah pada 2010 apabila 44 daripada 96 orang maut apabila pesawar Embraer E-190 milik Henan Airlines terhempas ketika hampir tiba di lapangan terbang Yichuan.

Insiden itu berpunca daripada jarak penglihatan yang terhad.

Pada 1992, pesawat 737-300 milik China Southern Airlines yang dalam penerbangan dari Guangzhou ke Guiling terhempas menyebabkan semua 141 penumpang terkorban.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori