Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

FMM Cadang Pelaksanaan Semula...

KUALA LUMPUR : Keutamaan perlu diberikan kepada tindakan untuk mengukuhkan ekonomi dan memulihkan...

KKM: Siasatan Menyeluruh Kes...

KUALA LUMPUR - Satu siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkaitan prosedur...

10 Pelajar Asrama Akhlak...

ALOR SETAR - Seramai 10 pelajar lelaki dari Asrama Akhlak Gajah Mati, Pokok...

Malaysia Zahir Bimbang DoJ...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia menzahirkan rasa bimbang susulan kegagalan Jabatan Keadilan (DoJ)...

Najib Akan Mohon Kes SRC Dibicarakan Semula

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memohon supaya kes penyelewengan dana RM42 juta milik anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC) di mana beliau disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata permohonan itu akan dibuat dengan alasan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes terbabit.

Katanya, ia berikutan terdapat dakwaan bahawa Mohd Nazlan terbabit dalam permohonan pinjaman syarikat berkaitan 1MDB ketika berkhidmat sebagai setiausaha syarikat Maybank dan penasihat undang-undang kumpulan bank itu.

“Mohd Nazlan terbabit dalam proses permohonan pinjaman, beliau sepatutnya mendedahkan perkara itu dan tidak mendengar perbicaraan kes,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Semalam, Muhammad Shafee memberitahu pemberita, Mohd Nazlan sepatutnya mendedahkan jawatan terdahulunya di Maybank pada 2012.

Katanya, terdapat lebih RM4 bilion pinjaman Maybank kepada 1MDB untuk pengambilalihan Tanjong Energy Sdn Bhd (Tanjong) yang melalui pelbagai proses, jawatankuasa risiko dan keseluruhan lembaga (lembaga pengarah Maybank).

Beliau menambah, salah seorang ahli jawatankuasa yang mendapatkan arahan adalah Mohd Nazlan selaku ketua undang-undang, penasihat undang-undang kumpulan dan ketua bahagian korporat serta undang-undang.

Susulan itu, Muhammad Shafee berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan baharu di Mahkamah Persekutuan berhubung perkara berkenaan.

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan akhir kes SRC dengan mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya bekerjasama dalam rancangan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low terhadap dirinya.


Muhammad Shafee dalam hujahannya, mencadangkan tiga pilihan kepada mahkamah untuk mendengar permohonan memasukkan bukti baharu itu.

Peguam itu berkata, pilihan pertama adalah supaya permohonan itu didengar oleh panel baharu Mahkamah Rayuan yang akan turut memutuskan rayuan akhir SRC, manakala pilihan kedua adalah pihaknya memfailkan permohonan baharu di Mahkamah Rayuan dan didengar panel lain.

Katanya lagi, permohonan itu tidak boleh didengar panel Mahkamah Rayuan yang sama dengan alasan Najib dinafikan haknya untuk didengar ketika di peringkat mahkamah berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, Mahkamah Persekutuan boleh mengarahkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan itu yang secara langsung boleh mengelakkan isu bahawa terdapat pelanggaran ke atas hak anak guamnya untuk didengar selaras peruntukan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 28 Julai 2020, Mohd Nazlan mensabitkan dan mengenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC.

Pada 8 Disember tahun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Sehari sebelum itu, panel sama turut menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti baharu berkaitan Zeti dan keluarganya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori