Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

6 Daripada 8 Mayat...

WELLINGTON - Enam daripada lapan mayat mangsa letusan gunung berapi di Pulau Putih...

2 Premis Jual Makanan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerima dua aduan penyalahgunaan nombor...

Mayat Mangsa Lemas Di...

KEMAMAN - Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam Sungai Kemaman...

Malaysia Guna Saluran Diplomatik...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk membawa pulang mayat rakyat...

Operasi Cari Budak Hilang Dihentikan, Polis Tumpu Siasatan Saintifik

KUCHING : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak 7 Mac lalu dihentikan petang semalam, selepas tiada sebarang petunjuk ditemui di lokasi pencarian di Muara Tebas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata polis kini meneruskan siasatan secara saintifik bagi merungkai kehilangan kanak-kanak berkenaan, Eric Chang Wei Jie, 4.

Beliau berkata, pelbagai agensi terbabit dalam operasi selama tujuh hari di kawasan Muara Tebas itu termasuk Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Sehingga kini operasi pencarian masih belum mendapat sebarang petunjuk dan pencarian dihentikan pada jam 6 petang pada hari ketujuh operasi.

“Polis mengalu-alukan sebarang maklumat orang awam untuk tindakan lanjut kerana pasukan siasatan akan meneruskan siasatan secara saintifik bagi merungkai petunjuk berkaitan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Eric dilaporkan hilang dari rumah penjaganya di kawasan perumahan di Jalan Daya, Bintawa, di sini, pada jam 7.42 malam, 7 Mac lalu.


Kanak-kanak terbabit dianggarkan setinggi 100 sentimeter, bertubuh kurus, berkulit kuning langsat, rambut pendek dan pakaian terakhir sebelum hilang ialah baju-T berwarna biru gelap dan seluar pendek paras lutut berwarna hitam.

Susulan laporan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, hasil perkembangan siasatan terhadap suspek utama iaitu pasangan penjaga kanak-kanak terbabit pada 13 Mac lalu, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Operasi SAR yang sebelum itu dijalankan di kawasan Bintawa kemudian beralih ke kawasan Muara Tebas sejak 13 Mac lalu selepas siasatan mendapati mayat kanak-kanak itu dipercayai dibuang ke Sungai Sarawak.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori