Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Hilang Dihanyutkan Kepala...

KOTA BHARU - Operasi mencari seorang lelaki yang dilaporkan hilang dihanyutkan 'kepala air'...

‘Bullet Train’ Jepun, Shinkansen...

TANGGAL 1 Oktober 1964, kira-kira jam 10 malam, kurang seminggu setengah sebelum bermulanya...

Taufan Rai Ragut 208...

MANILA : Angka kematian di Filipina meningkat kepada 208 orang manakala 240 cedera...

“Kenapa Guan Eng Tak...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Ahli Parlimen...

Pahang Mula Inisiatif Kuantan Bandar Rendah Karbon

KUANTAN – Pahang memulakan inisiatif ke arah menjadikan Bandaraya Kuantan sebagai bandar rendah karbon melalui kempen ‘Kuantan Car Free – Green Hour yang bakal dilaksanakan setiap bulan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, inisiatif itu sebahagian usaha dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Menurutnya, kempen bersama Tourism Pahang itu juga sebagai langkah mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

“Inisiatif baharu ini seiring hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon menjelang tahun 2050 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

“Ia juga sebagai bukti kerajaan negeri Pahang serius menjaga isu alam sekitar di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kuantan Car Free- Green Hour 2022 di sini pada Ahad.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Menurut beliau, inisiatif awal itu menggalakkan beberapa lokasi di bandar Kuantan bebas karbon untuk beberapa jam setiap bulan.


“Buat permulaan, penganjuran kempen di sekitar Jalan Besar dan Jalan Mahkota yang menjadi lokasi tumpuan ramai selain promosi pelancongan termasuk Kuantan Art Street, Menara Kuantan 188, Masjid Negeri, muzium, Taman Kerang.

“Kempen hari ini sebagai permulaan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai selain mengenal pasti kesesuaian lokasi, laluan acara serta laluan alternatif untuk ke tempat lain sepanjang penutupan Jalan Besar dan Jalan Mahkota ketika program berlangsung,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya program itu mendapat sambutan, ia akan diperluaskan ke bandar lain seluruh negeri.

“Bagi penganjuran kempen ini yang seterusnya, MBK akan menetapkan satu tarikh sesuai setiap bulan,” katanya.

Beliau berkata, bagi menarik penyertaan orang ramai, pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang berlangsungnya kempen itu termasuk program berbasikal, aktiviti kesenian, acara sukan, aktiviti pameran dan jualan.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori