Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Pertimbang Siling Harga...

KUALA LUMPUR - Penetapan siling antara pilihan yang sedang dipertimbangkan kerajaan untuk menangani...

Ibu Tunggal Dituduh Dagang...

KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Tindakan Pantas Polis Berjaya...

KUCHING - Tindakan pantas polis, ditambah dengan penggunaan aplikasi WhatsApp secara efisien, berjaya...

FAMA Sasar 1,000 Pasar...

JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang mewujudkan sehingga 1,000 tapak...

Pam Minyak, Perodua Kancil Terbakar

Pengguna jalan raya tergaman melihat api marak dalam kejadian kebakaran pam minyak dan sebuah kereta di Rantau Panjang, Kelantan, kira-kira jam 8.30 pagi, hari ini.

Saksi, Syaherah Ismail, 29, berkata dia baru sahaja tiba di stesen minyak tersebut dan terkejut melihat api marak membakar sebuah pam dan kereta jenis Perodua Kancil.

Katanya, dia segera memandu keluar daripada kawasan stesen minyak tersebut kerana bimbang kebakaran akan merebak.

“Saya tergaman seketika dan melihat pekerja pam minyak lari bertempiaran menyelamatkan diri. Ada juga antara mereka cuba memadamkan api menggunakan gas pemadam yang tersedia.

“Tapi, ia agak sukar dipadam sehinggalah kedatangan pihak bomba yang menyelamatkan keadaan. Saya juga melihat lelaki yang juga pemilik kereta berlari keluar selain mengalami kecederaan pada bahagian kaki,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba, Imran Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan terus ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran membabitkan kereta Perodua Kancil dengan peratusan kebakaran sebanyak 50 peratus dan api merebak ke sebuah pam minyak dengan kemusnahan 100 peratus.


“Kebakaran berjaya dikawal dalam masa beberapa minit sahaja dengan kekuatan enam pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Bagaimanapun katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis bagi meneruskan siasatan terperinci.

“Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini, manakala anggaran kerugian masih dalam siasatan.

“Selain itu, pemandu kereta tersebut juga tidak dapat dikesan setakat ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” kata Imran.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori