Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zarina Dan 50 Penyokong...

KOTA BHARU - Ketua Penerangan Wanita UMNO Kelantan, Zarina Md Eusope, bersama 50...

Almy Nadia Tak Kisah...

WALAUPUN sering dikutuk kerana penambahan berat badan selepas melahirkan anak pertamanya, pelakon Almy...

Repatriasi: Singapura Zahir Penghargaan...

SINGAPURA -  Kerajaan Singapura hari ini menzahirkan penghargaan kepada Malaysia dan Kedutaan Malaysia...

Kerajaan Akan Laksana Kajian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan melaksanakan...

Paras Sungai Turun, Taman Sri Muda Selamat

SHAH ALAM : Penduduk di Taman Sri Muda boleh menarik nafas lega apabila paras air Sungai Klang menunjukkan trend penurunan sekali gus mengurangkan kemungkinan berlakunya banjir sekali lagi.

Jangkaan tersebut berlaku selepas air sungai melimpah menerusi tebing di kawasan Kunci Pintu Air di sana antara pukul 7 hingga 9 malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pemeriksaan pihaknya di kunci air itu mendapati air Sungai Klang mulai melimpah kira-kira pukul 6 petang tadi (Isnin).

“Ban di sekeliling kunci air berdekatan sungai tersebut tidak pecah seperti yang berlaku pada minggu lalu.

“Meskipun melimpah, ia tidak mengakibatkan banjir di kawasan terbabit, dengan air sungai mulai surut kira-kira pukul 9 malam,” katanya ketika dihubungi, malam ini.


Terdahulu lebih 20 kawasan di Hulu Langat, Gombak, Petaling, Klang dan Kuala Selangor dilanda banjir kilat akibat hujan lebat pada petang tadi.

Hujan lebat itu turut menenggelamkan sebahagian besar kawasan ibu kota sebelum Terowong Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (Smart) diaktifkan sepenuhnya.

Sementara itu, makluman daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan lebih 700 mangsa banjir melibatkan 167 keluarga dipindahkan di Pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah terlibat.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori