Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

EPL: Chelsea Tumpaskan Leicester...

ENGLAND - Chelsea menumpaskan juara bertahan Liga Perdana England Leicester City 3-0 dalam...

27 Maut, 35 Cedera...

JAKARTA - Sebuah kilang mercun di Tangerang, sebuah bandar di pinggir ibu kota...

Muktamar Pas Kecoh, Pengerusi...

Pengerusi Tetap Muktamar PAS, Kamal Ashaari terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran kerana mengalami...

Afdlin Sayu Pelarian Syria...

PRIHATIN... Pelawak, Afdlin Shauki Aksan menyertai Misi Bantuan Pelarian Syria di Lubnan pada...

Parasetamol Tiada Stok Sejak Januari

AMPANG JAYA – Bekalan ubat parasetamol yang melegakan demam dan sakit kepala sukar diperolehi di pasaran ketika ini meresahkan orang ramai terutama pesakit Covid-19.

Tinjauan Kosmo! di beberapa farmasi di kawasan ini mendapati bahagian rak yang mempamerkan ubat jenama terkenal itu kosong sejak kes Covid-19 sema­kin me­ningkat beberapa minggu ini.

Seorang pekerja sebuah farmasi di kenali Amira, 27, berkata, ramai pelanggan memilih untuk membeli parasetamol tertentu sahaja yang sememangnya habis bekalan sejak Januari lalu.

“Farmasi kami sudah habis stok parasetamol awal tahun lagi, yang ada hanya ubat selesema sahaja,” jelasnya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, pembekal ubat ber­kenaan menghantar bekalan yang sedikit sahaja dan stok berkenaan cepat habis.

Seorang lagi pekerja farmasi kawasan itu, Liew Kar Wai, 43, berkata, orang ramai pula bersikap tidak mahu membeli jenama lain dan mahu satu jenama sahaja popular.

“Pembeli tiada pilihan kini, mereka terpaksa beli parasetamol mana yang ada sahaja, tidak boleh pilih jenama,” tambahnya.


Kar Wai berkata lagi, ramai pembeli juga terdiri daripada kontak rapat pesakit Covid-19 dan ada yang ingin menyimpan ubat di rumah jika dijangkiti menjadi punca stok ubat ber­kenaan cepat habis di pasaran.

Seorang pembeli parasetamol yang mahu dikenali Farah Waheeda berkata, sekarang ini amat sukar mendapatkan ubat berkenaan terutama ketika kes pandemik Covid-19 sedang meningkat sekarang.

“Saya pesakit Covid-19 kali kedua, nak beli ubat ini untuk legakan sakit kepala dan demam pun susah. Empat farmasi dekat kawasan rumah pun tiada.

“Saya terpaksa beli secara dalam talian itu pun kena beli dengan harga yang lebih mahal,” jelasnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori