Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bapa Anak 1 Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa anak satu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Russia Didakwa Sudah Melancarkan...

KYIV: Pasukan polis Ukraine mendakwa Russia sudah melancarkan 203 serangan sejak awal hari...

Azrel Ismail Akui Setahun...

PELAKON Azrel Ismail akhirnya mengakui bahawa dia dan Ruhainies sememangnya sedang bercinta selepas sering...

Keselamatan Sempadan Negara Ketika...

JOHOR BAHARU - Rakyat tidak perlu bimbang tentang tahap keselamatan di kawasan sempadan...

[PARLIMEN] Fasa Pertama MRT3 Dibuka Awal Disember 2028

KUALA LUMPUR : Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) fasa pertama akan dibuka seawal Disember 2028, namun tertakluk kepada proses pengambilan tanah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, laluan MRT3 akan dibuka secara berfasa dan keseluruhan jajaran dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2030.

“Projek ini akan dibiayai secara hibrid melibatkan sumber-sumber pembiayaan seperti sukuk bersama jaminan kerajaan dan pembiayaan secara bayaran tertangguh (deferred payment),” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Ka Siong menjawab soalan diajukan Hannah Yeoh Tseow Suan (PH-Segambut) meminta kerajaan menyatakan status terkini pembangunan MRT3, cadangan jajaran dan anggaran garis masa lengkap diperlukan sehingga ia beroperasi sepenuhnya.

Kata Ka Siong, projek tersebut adalah laluan meliputi perimeter luar bandar raya Kuala Lumpur dan sebahagian kawasan berpenduduk padat di Ampang Jaya, Selangor, dengan 80 peratus keseluruhan jajaran adalah laluan bertingkat dan 20 peratus laluan bawah tanah.


“Hasil daripada kajian kebolehlaksanaan teknikal yang telah dijalankan, cadangan jajaran terkini projek MRT3 adalah lingkaran sepanjang 51 kilometer (km), iaitu 39 km terletak di Kuala Lumpur dan 12 km di Selangor.

“Laluan lingkaran ini akan merentasi rangkaian rel sedia ada termasuk laluan MRT1, MRT2, LRT, Monorel dan KTM Komuter untuk membentuk 10 stesen pertukaran baharu supaya sistem rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang lebih menyeluruh,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori