Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Terkena Renjatan...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut manakala dua lagi terselamat selepas terkena renjatan...

Khairul Fahmi Idam Posisi...

KOTA BHARU - Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bakal berdepan saingan...

Cakra Khan Bakal Gegarkan...

PENYANYI terkenal dari Indonesia, Cakra Khan dijadualkan bakal memeriahkan pentas akhir Mentor Legend...

DAP Mahu Azmin Kaji...

KUALA LUMPUR - Parti DAP mahu Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan...

[Parlimen] Tambah Baik Akta 731, Kawal Kiriman Wang Tidak Sah

KUALA LUMPUR : Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2021 (Akta 731) akan ditambah baik bagi meningkatkan pemantauan serta mencegah aktiviti kiriman wang tidak sah.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, penambahbaikan itu merangkumi aspek keberkesanan penguatkuasaan selain memastikan tindakan yang lebih cekap.

Yamani Hafez berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah memainkan peranan dengan meningkatkan aktiviti pengawasan terhadap pengendali pengiriman wang yang tidak sah.

“BNM juga menambah baik keupayaan pemantauan menggunakan analisis data bagi mengenal pasti risiko dalam industri dan mengesan transaksi mencurigakan.

“Sehingga akhir Disember tahun lalu, sebanyak 42 pengendali pengiriman wang bukan bank telah dilesenkan di bawah Akta 731 yang menyediakan perkhidmatan kiriman wang melalui 1,410 premis di seluruh negara dan dalam talian,” katanya.


Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) berhubung pemantauan kerajaan terhadap aktiviti kiriman wang yang tidak diisytihar atau tidak melalui pengirim wang sah.

Menurut Yamani Hafez, sebagai suatu langkah pengawalan, BNM juga menetapkan had transaksi bagi pengiriman wang keluar oleh seseorang individu tidak boleh melebihi RM50,000 setiap hari.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori